Kategori

Wednesday 3 August 2016

TUTORIAL CARA MEMBUAT BLOG

Assalammualaikum pada semua pembaca ,



Lama tak update blog, masih sibuk dengan aktiviti beraya.. hahaha..

Entry kali ni Akak nak tulis tentang tutorial buat blog. Ramai pembaca yang tanya 

Akak,macam mana nak buat blog, dekat sini Akak kongsikan cara nak buat blog.

Tapi sebelum tu,Akak nak pesan, niat kita mesti iklas dalam menulis, bukan 
sorang dua yang akan baca blog kita..

Cara yang pertama sebelum kita buat blog, kita mesti ada akaun gmail. kalau tak 
ada kena buat dulu.
Cara nak buat akaun gmail macam ni:-

1. Pergi dekat google, tekan gmail

2. Create akaun gmail

     i. Nama & Nama Email (nama email

     ii. Password
     iii. Tarikh Lahir
     iv. No. Tel ................... kemudian boleh submit la ya, 
kemudia ada keluar perkataaan
accept nanti,korang accept la ya,
kemudia ada link biru, tekan link tu dia akan terus buka ke akaun gmail korang.

sekarang korang dah ada akaun gmail sendiri.



 Sekarang cara buat blog

    
1. Dekat atas blog Akak, di sebalah kanan ada tulis create blog.. korang tekan

2. masukkan email korang tadi dan password.. klik done


3. klik create a blogge profile, korang boleh la tulis nama untuk display, 

contohnya macam Husnaaniq, bila korang bagi komen nanti akan keluar nama ni je la..
kemudian boleh klik continue..

4. kemudian korang boleh klik dekat new blog, boleh la tulis tajuk/title, (tajuk ni akan

 ada pada header blog nanti)

5.  dan kena cari la nama blog.. macam Akak, HUSNAANIQ.BLOGSPOT.MY, 

jadi korang pilih la url blog, jangan panjang-panjang sangat, nanti susah orang nak 
cari blog korang.

6. boleh la pilih template,Akak cadangkan korang pilih template simple dulu

bagi permulaan, (kemudian boleh tukar ke template, warna dan gambar yang lain).. 
kemudian boleh klik create a blog

Tahniah sekarang korang dah ada blog sendiri..


Nak view blog korang boleh tekan dekat view blog dekat bahagian atas.


Nak post cerita boleh tekan post dekat bahagian sebelas kiri, boleh la mula menulis..


fuhhhh... penat nak tulis entry kali ni..

Akak juga dah sediakan tutorial secara video, harap dengan ada nya video ni, lebih mudah untuk korang faham..


Selamat mencuba dan selamat berblog.. terima kasig kerana sudi membaca..


No comments:

Post a Comment