Kategori

Wednesday 3 August 2016

SUSU PEKAT MANIS



SUSU PEKAT MANIS YANG BERKUALITI DIBUAT DIRUMAH.
Nak guna susu pekat manis (condensed milk) tak ada..memang akak tak guna pun susu pekat manis ini kerana kualiti sekarang terlalu sedih. Ada pun susu cair dlm tin atau evoporator milk untuk masakan.
Buat susu pekat manis sebenarnya mudah sgt..cuma guna susu segar dengan gula. Bila kita kramelkan gula jadilah ia susu pekat manis..cuma perlukan 2 cawan susu + 2/3 cwn gula pasir (150gm). Boleh dpt 1 tin besar susu pekat manis
Masukkan dlm kuali dan adunkan dlm keadaan api dapur kecil sehingga gula cair. Lepas itu masak selam lebih kurang 45minit dgn api perlahan (kita reneh). Tapi janga kacau sebatian ini, takut jadi kristal pulak nanti.
Gula akan menjadi Kramel dgn bertukar warna kecoklatan sedikit Tutup api dapur dan sejukkan.... dah jadi pun susu pekat manis yg terbaik.
resepi asal dari mamak haji. Terima kasih kerana berkongsi resepi.

No comments:

Post a Comment