Kategori

Monday 1 April 2019

KERABU MANGGA MUDA YANG SIMPLE ALA THAI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SABTU SEMUA. APA KATA KITA MASAK MAKANAN  YANG RINGKAS ,CEPAT,MUDAH DAN SIMPLE2 JE. DISEBABKAN ADA MANGGA MUDA JENIS MANGGA EPAL. APA KATA KITA BUAT KERABU MANGGA. JANGAN PILIH MANGGA YANG TAK TERLALU MUDA  TAPI PASTIKAN BUKAN YANG MASAK YE.....BIAR ISINYA MASIH KERAS TETAPI SUDAH BERTUKAR SEDIKIT KEKUNINGAN.SELAIN TU AKAK TABURKAN JUGA KACANG TANAH YANG TELAH DIGORENG TANPA MINYAK DAN SEDIKIT IKAN BILIS GORENG  GARING. SEDAP DIMAKAN SEJURUS DIGAUL DENGAN SEMUA BAHAN-BAHAN TADI. BOLEHLAH CUBA SEBAGAI  PEMBUKA SELERA. RESEPI ASAL DARI  BLOG MAT GEBU.TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI RESEPI....



BAHAN-BAHANNYA

2-3 BIJI MANGGA MUDA ( IKUT SAIZ, KALAU KECIL GUNA 3,KALAU BESAR GUNA 2)
1 BIJI TOMATO BELAH  4 (  BUANG BAHAGIAN  TENGAHNYA DAN HIRIS)
1 BIJI BAWANG BESAR,DIMAYANG HALUS
1 GENGGAM KACANG TANAH YANG TELAH DIGORENG  TANPA MINYAK ( BUANG KULITNYA  DAN TUMBUK KASAR )
1 GENGGAM IKAN BILIS, DIBERSIHKAN DAN DIGORENG GARING
4 BIJI CILI PADI, HIRIS HALUS
1 ULAS BAWANG PUTIH CINCANG HALUS
1 1/2 CAMCA BESAR SOS  IKAN
1 CAMCA BESAR PENUH GULA
1 BIJI LIMAU NIPIS, PERAH JUSNYA
BEBERAPA HELAI DAUN SALAD,CUCI DAN TOSKAN


CARA MEMBUATNYA

1. KUPAS MANGGA MUDA,KEMUDIAN RENDAM DALAM AIR 15 MINIT UNTUK MEMBUANG GETAHNYA.
 2. TOS DAN HIRIS HALUS. MASUKKAN KE DALAM MANGKUK  BERSAMA  HIRISAN BAWANG DAN TOMATO.GAUL RATA. KETEPIKAN.
3.SATUKAN SOS IKAN, GULA, BAWANG PUTIH,CILI PADI,JUS LIMAU NIPIS KE DALAM  MANGKUK , KACAU RATA2 DAN CURAH DALAM MANGKUK  BERISI  MANGGA  HIRIS  DAN BAHAN2 LAIN . GAUL RATA.
4. TAMBAH KACANG TANAH DAN IKAN BILIS, GAUL LAGI DAN SESUAIKAN  RASA.
5. ALASKAN  BEKAS SESUAI DENGAN DAUN SALAD.
6. ALIHKAN KERABU ATAS DAUN SALAD DAN TABUR SEDIKIT IKAN BILIS GORENG DAN KACANG TANAH YANG TELAH DIASINGKAN  ATASNYA SEBELUM MENGHIDANG. 7. HIDANGKAN SEGERA BERSAMA NASI PUTIH  DAN LAUK-LAUK LAIN.


....................................SELAMAT MENCUBA..................................

Wednesday 20 March 2019

FUNGSI GULA DALAM MASAKAN



1. Jangan ingat gula ini cuma untuk memaniskan minuman atau makanan.Gula memunyai banyak fungsi selain rasa manis.
2. Bila kita adunkan gula dan butter / majerin untuk buat kek atau kueh, sebenarnya kristal gula membentukan poket udara utk membantu kembangan kek anda.
3.Gula juga berfungsi sebagai, "Hidrostatic", di mana boleh menyerap kelembabpan (moisture) disekelilingnya. Dengan itu boleh membantu serangan fungus yg terdapat dlm udara.
4. Gula boleh menurunkan "takat beku" cecair. Contohnya takat beku air ialah 0 darjah C...kalau larutan gula takat bekunya mungkin jatuh kebawah sifar -5C. Penurunan takat beku ini membantu dlm penyediaan ais krim dengan menghasilkan tekstur yg lembut.
5. Gula boleh membantu mengestabilkan bentuk fizikal sesuatu makanan. Secara saintifiknya gula membantu mengekalkan, "foam" untuk pengembangan seperti putih telur bersama gula dipukul.
6. Gula membantu melembutkan gluten dalam tepung gandum. Gluten ialah protin yg terdapat dlm tepung gandum. Tepung gandum perlu diuli utk dapatkan "elastic" / keanjalan dlm pembuatan roti. Bila gula ditambah dlm tepung roti ia akan melembutkan roti kita.
7. Gula boleh berubah bentuk, rasa dan warna apabila dipanaskan. ini digelar "Kramelisasi". Kramel ini beri rasa,aroma dan warna yang sedap.


Monday 8 August 2016

TUTORIAL TAMBAH GADGET DALAM BLOG

Assalamualaikum..

Entry kali ni akak nak cerita macam mana cara nak tambah gadget (kotak-kotak macam dekat sebelah kanan akak ni)

1. Pertama sekali pergi dekat Lauout.

2. Tekan Tambah Gadget

3. Boleh la Pilih Gadget mana yang korang suka

4. Tekan Butang + (warna biru) tu je

5. view blog dan gadget akan keluar

# ada banyak pilihan gadget yang telah disediakan oleh pihak blogspot, so tinggal pilih je.

Macam mana kalau tak disediakan oleh blogspot, contoh macam Feedjit.

Akak ni selalu blogwalking ke Blog orang, tp silent reader je la.. and kadang-kadang berkenan dengan gadget-gadget diaorg tu.. so, akak akan tekan dekat gadget tu, dan selalunya dia akan bawa kita ke website untuk mendaftar. Sama dengan Feedjit ni, senang je nak letak,

1. korang pergi dekat blog husnaaniq, tekan je Feedjit dia akan terus bawa korang ke website dia atau

2. korang boleh tekan sini Feedjit 

3. Pilih Colour macam mana korang suka

4. Tekan step 1, kalau korang belum log in blog, kalau dah log in blog tekan step 2.

3.  kalau tak boleh save code dekat bawah sekali.

4. pergi dekat layout blog, tambah HTML dan paste kan code tadi dah save.

5. view blog korang. In Sya Allah akan adan gadget tu..

Selamat mencuba, jumpa lagi next entry.



PIZZA HOME COOKED

Jom Hari ini kita cuba meroti lagi..RESIPI PIZZA BUAT SENDIRI / HOME COOKED PIZZA: 2 biji pizza bersaiz 10" - 12".
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK DOH PIZZA:
3 1/2 cawan tepung gandum. (1 cawan bersamaan dengan 16 sudu besar).
2 1/4 sudu kecil (tsp) yis segera.
2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
2 sudu kecil garam.
1 sudu kecil gula.
1 - 1/2 cawan air suam (gunakan secawan dulu).
CARA BUAT DOH:
1. Yis dan satu sudu kecil gula digabungkan dalam sebuah mangkuk. Isi dua sudu besar air suam ke dalam mangkuk itu. Bancuh yis dan gula sebati dengan air. Biarkan selama 10 minit. Yis cepat bertindak dengan gula.
2. Bahan-bahan lain minyak dan garam masukkan dalam tepung dan sebatikan. dengan buat kawah tengah tepung dan isikan adunan yis tadi.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi permukaan doh yang licin.
4. Sapukan tepung pada doh dan biarkan dalam bekas yang boleh tampung doh berkembang sukurang-kurangnya X3 ganda saiz doh. Tutup bekas. Biarkan selama 30 minit atau doh anda jadi 2 X besar. Cepat lambat terpulang pada suhu sekeliling dapur anda.
Nota: Dalam masa menunggu doh kembang, masukkan kuali leper yang anda gunakan untuk buat ketayap atau kueh gulung atau bakar capati. On kan oven dengan suhu 230 C atau 450 F . Setkan masa 30 minit. Tentukan papan grill oven diletakan pada paras bawah oven. Kuali leper kita menjadi "pizza Stone".
5. Buka tudung bekas doh dan tumbuk doh anda sekali dan leperkan. Bahagi dua doh sama saiz.
6. Ambil sekeping kertas aluminium ( sepatutnya gunakan pizza peel) taburkan dibawahnya bijirin untuk baby kalau ada atau nestum supaya senang ditanggalkan selepas masak. Sebelum leperkan doh sapukan kedua tangan anda dengan tepung. Leperkan guna tapak tangan bermula dari tengah doh. ketebalan yang perlu leperkan 1/2 inci. ukur keliling bersaiz 10-12 inchi. Setelah selesai leperkan, picit dengan jari penghujung doh pizza untuk jadikan bibir.
7. Bila roti pizza siap untuk dibakar, sapukan minyak (nipis) ke permukaan, supaya topping pizza anda tidak meresap dan buatkan pizza anda lebih keras sedikit. Tekan dengan jari anda supaya pizza anda tak gelembung semasa membakar. Rehatkan selama lima minit sebelum masukkan dalam oven untuk bakar. Cara buat topping pizza..next page.
8. Sapukan tomato sos/puri dengan menggunakan sudu di atas permukaan pizza anda. Tabur cheese Mozzarella atau Parmesan dan mula susun topping di atas pizza. Jangan banyak sangat sos tomato dan cheese, ia akan lembikan pizza anda. sukatan ialah 1/3 cawan tomato sos (3-4 sudu besar) dan 1/3 cawan cheese. Kalau guna cendawan butang dalam 2-3 biji dah cukup. Anda boleh tambah cheese cedar kalau mahu, bila pizza anda telah bakar 15 minit dalam oven.
9. Bakar dalam suhu 230 darjah C selama 15 -20 minit. Pizza anda dah siap. Mamak haji ada tunjukkan kuali yang digunakan dan contoh permukaan bawah pizza yang dihasilkan.
RESPI: SOS ASAS PIZA.
Biasanya selepas kepingan doh piza di bentukan kita perlu sapu sos piza ke atas doh sebelum bubuh inti dan cheese Mozrella dan apa saja...kebiasaan orang kita cuma sapu sos tomato atau sos cili..ini yg jadikan piza kita kurang umpphhh!. Sos ini kena buat dulu..sos ini tidak boleh cair sangat..nanti doh pulak akan kembang dan basah.
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
- 3 sudu besar minyak zaitun (olive oil kalau ada) minyak biasa pun boleh juga. Tujuannya tak bagi butter terbakar.
- 1 sudu besar butter (kalau tak ada pakai majerin pun boleh..
- 1/2 cawan bawang (kuning) dicincang.
- 1/4 cawan celery cincang (1 batang).
- 2 ulas bawang putih dicincang.
- 1 cawan sos tomato.
- 3/4 cawan tomato puri.
- 2 sudu besar cheese parmesan kalau adalah guna 1-2 keping cheese cedar pun boleh.
- 1 sudu kecil daun herba oregano.
- 1 sudu kecil daun basil kering (flake).
- 1 helai daun kecil bay leaf atau daun salam.
- secubit serbuk lada hitam yang kasar.
- 1 sudu kecil gula.
- 1 sudu kecil biji jintan putih.
- 1/2 sudu kecil garam.
CARA MASAK:
1. cairkan butter dan masukkan minyak. Masuk bawang putih, bila baunya naik masukkan bawang cincang..layukan bukan garingkan yea..masakan mat salleh semua main layu bawang..masakan mamak garingkan bawang. Pasal itu kita kena guna bawang kuning bau dia tak kuat.
2. Masuk sos tomato dan pes puri tomato. Didihkan.
3. Bila dah mula didih masukkan ke semua bahan-bahan itu. kecilkan api dapur dan reneh selama 30 minit. Kita nak kurangkan kandungan air dan jadikan pes itu pekat. Bila siap keluarkan daun bay leaf.
4. Sos piza dah sedia.
RESEPI ASAL DARI MAMAK HAJI...TERIMA KASIH KERANA BERKONGSI RESEPI DAN SELAMAT MENCUBA....

ASAM PEDAS IKAN PARI DAUN KESOM

rsz_asam_ikan_pari_daon_kesom

Assalammualaikum, salam Khamis. Asam pedas hari ni, biasalah orang Johor dan asam pedas berpisah tiada katanya. Hari ni jom masak asam pedas ikan pari, campur bendi, tomato dan masukkan daun kesom untuk menambahkan keharuman asam pedas. Kalau ada bunga kantan pun boleh masukkan sekali. ikan anda boleh guna apa jenis ikan sekali pun, kalau dapat ikan segar, in sha Allah asam pedas anda akan lebih enak. Selain bendi, terung, sawi jeruk dan nenas antara yang kerap kali digunakan sebagai bahan campuran dalam asam pedas di Johor. Kalau suka berangin, anda boleh tambah sedikit lada hitam yang ditumbuk halus. Bila memasak asam pedas, keseimbangan rasa amat dititik beratkan, mesti ada rasa pedas sedikit, masam, manis dan bauan, maksudnya aroma dari herba yang kita guna samada daun kesom atau bunga kantan. Sesuai sebagai juada berbuka puasa...


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari (che mat guna ikan pari 'daun')
12 batang bendi muda. jenis kontot
1 biji tomato, belah 6
1 genggam daun kesom
1 kiub ikan bilis (optional)
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca teh pes asam jawa
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah, buang biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong ikut suka, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan kerat sedikit pangkalnya (tak perlu dipotong sebab bendi jenis kontot). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 600ml), biar mendidih. Masukkan ikan pari, bendi dan daun kesom, kacau dan masak hingga ikan masak dan bendi lembut. 
  4. Masukkan lada hitam, kiub ikan bilis, tomato, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sayur dan telur dadar..

resepi asal dari mat gebu terima kasih kerana berkongi resepi dan selamat mencuba.

Wednesday 3 August 2016

SUSU PEKAT MANIS



SUSU PEKAT MANIS YANG BERKUALITI DIBUAT DIRUMAH.
Nak guna susu pekat manis (condensed milk) tak ada..memang akak tak guna pun susu pekat manis ini kerana kualiti sekarang terlalu sedih. Ada pun susu cair dlm tin atau evoporator milk untuk masakan.
Buat susu pekat manis sebenarnya mudah sgt..cuma guna susu segar dengan gula. Bila kita kramelkan gula jadilah ia susu pekat manis..cuma perlukan 2 cawan susu + 2/3 cwn gula pasir (150gm). Boleh dpt 1 tin besar susu pekat manis
Masukkan dlm kuali dan adunkan dlm keadaan api dapur kecil sehingga gula cair. Lepas itu masak selam lebih kurang 45minit dgn api perlahan (kita reneh). Tapi janga kacau sebatian ini, takut jadi kristal pulak nanti.
Gula akan menjadi Kramel dgn bertukar warna kecoklatan sedikit Tutup api dapur dan sejukkan.... dah jadi pun susu pekat manis yg terbaik.
resepi asal dari mamak haji. Terima kasih kerana berkongsi resepi.

AYAM GORENG THAILAND

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA. AKAK NAK KONGSIKAN SATU RESEPI ISTEMEWA DARI THAILAND YANG SEDAP.OK....RESEPI DI BAWAH

BAHAN-BAHANNYA

200 GM ISI AYAM
1 BIJI TELUR
2 SUDU MAKAN SOS THAI
3 SUDU MAKAN TEPUNG GANDUM
15 GM BIJAN
20 GM SERBUK ROTI


CARA-CARANYA

1. CELUP AYAM DALAM TELUR.

2. RATAKAN AYAM TADI KE DALAM TEPUNG GANDUM

3. CELUP SEMULA KE DALAM TELUR.

4. RATA KAN AYAM DI DALAM SERBUK ROTI DAN BIJAN.

5. PANASKAN MINYAK DAN GORENG AYAM  HINGGA MASAK DAN SEDIKIT GARING.

6. BOLEH LAH DIHIDANKAN BERSAMA DENGAN SOSO CILI.



.....................................SELAMAT MENCUBA..........................................